Aku mahu kau kunci hati,
sepertimana aku kunci hatiku,
hanya untuk kau.
Di dalamnya kita kurungkan kebahagian;
Berumah kecil di tepi pantai,
bersama secawan kopi kegemaran,
dan kita bisa ketawa,
lewati langit jingga.
Malam tak ditemani mimpi ngeri,
siang tidak lagi mengesak sunyi.
Hidup dilimpahi rahmat Ilahi
Mudah bukan?
No comments:
Post a Comment