Ditengah kesibukan kota. Telefon bimbit berdering.
--Hello
--Hi Sayang
--Hi Love...
--I miss you
--Me too Sayang
--Where are you?
--Inside your heart! (senyum)
--I know, please take care my heart too! (tersenyum bahagia)
Talian dimatikan. Rindu terubat, walaupun seketika. Jarak kita terlalu jauh. Masa yang ada terlalu singkat. Tapi aku tak peduli. Aku masih boleh tersenyum. Tersenyum bahagia. Bahagia yang selama ini belum pernah aku temui. Baru sekarang aku mengerti. Bahagia itu bukan masa, bukan jarak, bukan kau, bukan aku, mahupun kita berdua. Bahagia itu Cinta. Cinta yang dimiliki oleh kita berdua. Cinta itu bukan hadir dengan sendiri tapi cinta itu lahir dari hati.
Baru aku faham apa itu rindu. Rindu teman setiaku. Namun aku merelakan perasaan rindu itu. Dan dengan rindu itu juga yang membuat aku lebih mengerti erti cinta.
Aku tidak mahu lagi berserah pada takdir. Ya, orang kata 'Jodoh, ajal dan maut, itu ditangan Tuhan' tapi aku tak mahu duduk dan menanti semua tu datang dan berlalu pergi. Mana mungkin aku mampu melawan apa yang telah tertulis mahupun mengubahnya. Aku cuma manusia biasa yang kerdil di atas tanahNya tapi masih mahu menikmati cinta dan bahagia.
***
Aku masih diranjang yang dipinjam dan kau juga masih disini. Setia. Bersama. Disisi. Entah sampai bila dan entah berapa lama lagi aku sendiri tak pasti. Yang aku tahu kau pasti ada dan pasti. Menemani, disaat aku mahukan kau disisi. Mungkin ini yang aku panggil bahagia... Dan pada saat ni juga aku rasakan akulah manusia yang paling pentingkan diri sendiri. Situasai yang membuatkan aku terasa berdosa.
Aku kesal. Aku pasrah. Beribu persoalan bermain diminda. Kenapa kau dan aku harus tempuhi semua ini. Walaupun kau dan aku sedar akan sebab, akibat dan hakikat yang sudah tersurat. Aku tak dapat bayangkan hidup kau tanpa aku. Mahupun hidup aku tanpa kau, Namun takdir itu bukan ditangan kau, aku mahupun sesiapa.
***
Tersedar dari lena. Aku rasa kehangatan tangan kau memegang erat tangan aku. Dalam tidur. Terlalu penat barangkali. Aku amati wajah kau. Disaat ni aku terkenang saat kali pertama kita bersua muka. Dimana aku menanti kau untuk dapatkan tandatangan pada senaskah karya novel kau yang paling aku sayang. Kau sangka aku jauh lebih muda dari kau, tapi sangkaan kekal sangkaan. 5 tahun beza jaraknya. Walaupun pada mulanya kau seakan tidak percaya. Tapi bila dihulur-suapkan bukti, kau akur dalam nyata. Dari situ kita terus kekal sebagai kawan dan akhirnya lahir bibit-bibit cinta. Namun realiti membuatkan aku pasrah. Hingga tak mampu menahan sebak mahupun air mata....
Dan mungkin ini yang dikatakan dua nyawa satu jiwa. Saat aku menitiskan air mata kau pasti terjaga untuk turut hiba. Seperti biasa kau tetap dengan satu dua kata yang sama. "Rajukkan pada Ilahi, Sayang. Aku akan sentiasa disisimu, menanti. Aku tak peduli apa yang telah ditentukan olehNya, yang aku mahu, Kau!"
Aku tahu kau terlalu sedih dan turut tersiksa bila melihat aku dalam keadaan begini. Jauh berbeza dari dulu yang kau kenali. Hilang seri, muncul hadir pucat lesi. Dengan helaian rambut yang makin berkurang setiap hari. Dan tubuh yang sudah tidak berisi. Kalau boleh kau mahu ambil tempat aku sekarang ini. Supaya aku tak lagi tersiksa menaggung derita seorang diri.
Kini aku hanya mampu berserah pada takdir. Ketentuan yg telah di tetapkan olehNya. Dengan nama Allah, Semoga dipermudahkan segalanya. Disorong tarik dari bilik kebilik. Menanti sesuatu disebalik, samada terus atau terhenti pada satu titik. Air tulang belakang perlu dipindah ganti. Dan nyawa baru, itu yang aku cari.
Mendung, jangan menjengah. Duhai bintang, germelap lah. Dia yang maha Kuasa dan hanya pada Dia aku berserah...
S@ - 31/07/13

perghhh...yg nie adik karang sendiri ker...nice nie
ReplyDeleteYe Abang. Dalam blog ni dan yang akan datang adalah nukilan dari saya... ;)
ReplyDelete