Mengelamun. Asyik. Hati terusik. Kenangan menjelma, menghimpit. Dada semakin sempit. Dikala ini aku tak mampu lagi bertahan. Sebak. Air mata berlinagan. Tangis rindu. Sendu. Hanya Tuhan yang tahu. Sayang yang tak terucap. Rindu yang tak terungkap.
Sepertimana tulisan jawi, yang bermula dengan Alif pastinya berakhir dengan Ya. Walaupun Itu hakikat yang nyata. Aku pasti tak sanggup berpisah. Tapi aku tahu aku tak mampu dan aku tak mahu fikirkannya. Mahupun cuma seketika.
Percayalah disaat dan ketika ini, walaupun jarak dan masa kita berbeza. Kalian tak akan pernah aku lupa. Sentiasa. Ada. Di hati.
Rindu? Jangan ditanya. Sayang? Sanggup ditukar ganti dengan nyawa. Mahupun ianya tak akan mampu membalas segalanya. Pengorbanan dan jasa kalian tak pernah dilupa. Bukan sekadar bila jasad masih punya nyawa, tapi akan aku kenang hingga ke akhirat walaupun sekarang aku masih didunia.
Aku tahu kalian turut bersedih. Merindui aku yang bukan di tanah halaman. Rindu dan kasih sayang yang tak akan dapat ditukar ganti mahupun dijual beli. Terlalu besar dan tak ternilai kasih sayang itu.
Mak, Abah, tanpa kalian siapalah aku. Kalian berdua sentiasa di hati. Melekat-rapat-selamanya. Walaupun kita tak dapat merayakan Aidil Fitri yang mulia bersama-sama seperti biasa.
Aku atur sepuluh jari rapat. Mohon keampunan dalam restu yang sarat. Moga dilindungi Dia disamping rahmat dan berkat. Aku harap agar dipermudahkan segalanya di sepanjang ketiadaan aku disisi. Menemani.
xoxo,
S@
1 Syawal 1434 - 08/08/13
No comments:
Post a Comment