Orang ada impian,
kau asyik bermimpi.
Orang perah keringat,
kau gebang tak ingat.
Orang berjaya,
kau bilang tak adil.
Kau melingkup,
salahkan takdir
Mengapa perlu meratapi, kalau diri sendiri tak pernah menghargai? Adil itu tidak wujud atau manusia lupa bersujud?
Orang ada impian,
kau asyik bermimpi.
Orang perah keringat,
kau gebang tak ingat.
Orang berjaya,
kau bilang tak adil.
Kau melingkup,
salahkan takdir
Kamu itu,
kenangan yang terlalu indah.
Seketika.
Sederhana.
Tapi hampir sempurna.
Sayang
Ingin aku luahkan,
Ku mahu dikau kunci hatimu itu,
sepertimana aku kunci hatiku ini
hanya untukmu.
Di dalamnya kita kurungkan kebahagiaan;
Berumah kecil di tepian pantai
Bersama menghirup secawan kopi kegemaran kita,
dan kita bisa ketawa
lewati langit senja menjingga
Sayang...
Bayangkan...
Malam tak ditemani mimpi ngeri,
siang tidak lagi mengesak sunyi.
Selamanya pasti
Hidup dilimpahi rahmat Ilahi
Sayang...
Mudah, bukan?
Aku mahu kau kunci hati,
sepertimana aku kunci hatiku,
hanya untuk kau.
Di dalamnya kita kurungkan kebahagian;
Berumah kecil di tepi pantai,
bersama secawan kopi kegemaran,
dan kita bisa ketawa,
lewati langit jingga.
Malam tak ditemani mimpi ngeri,
siang tidak lagi mengesak sunyi.
Hidup dilimpahi rahmat Ilahi
Mudah bukan?